Ini ada satu cerita untuk dikongsi. Cerita ini berkaitan dengan betapa jahatnya syaitan dan betapa berusahanya syaitan untuk menghumban umat manusia ke dalam api neraka.
Ceritanya berkisar tentang seorang pemuda yang setiap harinya ke masjid untuk solat berjemaah. Suatu hari, pemuda ini dalam perjalanan ke masjid. Sampai di suatu selekoh dia jatuh tersembam. Habis pakaiannya kotor.
Pemuda ini pun berpatah balik semula ke rumah dan menukar pakaian baru. Kemudian dia meneruskan semula perjalanannya ke masjid. Sampai di selekoh yang sama, dia terjtuh lagi. Maka dia pun pulang semula ke rumah dan menukar pakaiannya kepada pakaian bersih.
Kali ketiga dia sampai di selekoh tersebut dia hampir terjatuh tetapi, dengan tiba-tiba dia diselamatkan oleh seorang lelaki. Lelaki tersebut bertanya kepada pemuda itu ke mana dia ingin pergi. Pemuda itu menjawab dia ingin ke masjid untuk solat berjemaah. Lelaki itu kemudian menawar diri untuk menemani pemuda itu ke masjid.
Sampai di masjid, pemuda itu mengajak lelaki tersebut untuk solat berjemaah tetapi ditolak. Lalu pemuda itu bertanya;"siapa kamu?" lelaki itu menjawab; "aku ialah syaitan".
Pemuda itu terkejut dan bertanya kenapa dia menolong sebentar tadi. Syaitan itu menjawab;"akulah yang menyebabkan engkau terjatuh, kali pertama engkau jatuh dan berusaha ke masjid, Allah telah ampunkan dosa-dosa engkau, kali kedua engkau jatuh dan berusaha ke masjid, Allah telah ampunkan dosa-dosa keluarga engkau, kali ketiga aku tidak akan buat engkau jatuh lagi kerana jika engkau ke masjid juga, mungkin Allah akan ampunkan dosa satu kampung pula dan aku tidak akan biarkan lebih ramai diampun Allah".
Begitulah berusahanya syaitan untuk melihat kita berputus asa.
So, never give up on the good things.
No comments:
Post a Comment