Tuesday, August 4, 2009

LELAKI

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,

Kini,
Bila Disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga dan melindungi,

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita.

Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,

Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu,dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurian mati terbunuh,

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,

Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,
pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul,

Srikandi,
Damsyik, Syria.

P/S: Ucapan terima kasih kpd encik yg membawa lori tayar goodyear no plat AFG...(tak igt no selanjutnye) sbb tlg kami tukar tayar yg pancit di highway Utara selatan pd 29 Julai 2009..jam 6.30ptg.encik goodyear telah bertukus lumus menukar tayar tersebut dgn ikhlas..kami berdoa moga Allah sentiasa merahmati encik...

7 comments:

aideeb said...

xsempat nak update len2 perkara..berkongsi info yg bermakna ni je lah..just copy paste..

chec said...

agak2 bile lelaki zaman sekarangvbaca ni, ape la reaksi diorang kan? mesti tercabar n dcabar..heee
tapi x dinafikan, dalam ramai2 laki kini yg jahat, ada gak yang baik sebaik lelaki dulu..
mungkin peratusannya sedikit..

aideeb said...

Betul tu Che Adlia, mau tercabar nye...tapi mmg masih ada lelaki2 yg baik hati...baru edit sket kat sajak di atas...

Anonymous said...

aik dibb..bercakap psl lelaki ni...ble nk kahwin nie...haha...aku wat soalan cepu mas ni...aduhai

aideeb said...

Mia,, kalau aku jawab dapat emas tak?klo xdapat xnak jwb lah...huhuhu

Qaish Nur Mikhael said...

aduhai.. best betul sajak pasal lelaki nie yer deeb..??

haha.. rasa macam sedikit terasa plak.. tapi saya xkata saya pernah rogol orang n buat perkara yang seumpama larh.. hehe..

hurm, memang tak dinafikan rata2 sekarang begini.. tapi peratusannya lebih menonjol dari lelaki yang langsung naif pasal bendi nie..

tapi jangan lupa, peratusan hawa pun xkurang tingginya.. heh.. peace dari Senyap.

lorisetsfire said...

ntah deeb. bila nak kawin hihi